25 Oktober 2024 – Kelab Wardah USIM dengan kerjasama Seksyen Psikologi & Kaunseling, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar USIM dan Perpustakaan USIM telah menganjurkan Program Briskwalk Sejahtera dengan tema “Cergas Fizikal, Sihat Mental”.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental melalui aktiviti berjalan pantas serta menggalakkan peserta untuk meningkatkan kecergasan fizikal sambil mengekalkan kesejahteraan mental, selaras dengan slogan “Tingkatkan Kecergasan Anda Sekarang!”