Objektif Penubuhan
Kelab Wardah
Merapatkan hubungan di antara kakitangan wanita dan isteri-isteri kakitangan di semua peringkat perkhidmatan.
Menambahkan pengetahuan terutamanya dalam memajukan diri ahli-ahli Kelab menerusi aktiviti dan program yang dijalankan.
Menggalakkan ahli-ahli menyertai aktiviti yang berfaedah untuk keluarga dan masyarakat.
Mengeratkan perhubungan dengan kelab dan persatuan luar, khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita. Memajukan ahli-ahli dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan.