21 Ogos 2024 – Assalamualaikum dan Selamat pagi! Kelas Membuat Kek anjuran Kelab Wardah USIM sedang berlangsung di GENBA Bakery, USIM. Peserta sedang belajar cara membuat Kek Marble Jelita dan Kek Tapak Kuda di bawah bimbingan Trainer Nurul Athirah Abidah dan Fatin Anis Mairah.
Dengan hanya RM35 untuk ahli WARDAH dan RM40 untuk bukan ahli, peserta bukan sahaja mendapat ilmu baru tetapi juga membawa pulang kek yang dibuat sendiri!
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memeriahkan kelas ini!