10 – 13 Januari 2025 – Kelab Wardah USIM telah menganjurkan Kembara Wardah Hatyai 2025.
Program ini menawarkan pakej perjalanan selama 3 hari 3 malam ke pelbagai destinasi menarik di Hatyai dan Songkla, Thailand, dengan bayaran sebanyak RM450 seorang (tidak termasuk makan dan minum).
Antara tempat yang akan dilawati termasuk Floating Market, Masjid Songkla, Samila Beach, Asean Night Market dan banyak lagi.
Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman berharga kepada peserta dalam meneroka budaya dan tempat menarik di Thailand.