18 November 2024 – Kelab Wardah USIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah.
Kursus ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk mendalami ilmu fardu kifayah berkaitan pengurusan jenazah. Dengan gabungan teori dan praktikal yang dibimbing oleh Imam Andi dan Puan Zawiyah Hj. Marop (Mak Eton), peserta pasti mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai tanggungjawab dalam menguruskan jenazah secara sempurna.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membantu masyarakat serta meningkatkan kesedaran akan kepentingan persediaan akhir kehidupan.
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai!