19 Julai 2024 – Kelab Wardah USIM menganjurkan acara Santai Pagi: Brisk Walk Bersama Pengerusi Kelab Wardah USIM yang berlangsung di Dataran Canselori, USIM. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi, di mana peserta terdiri daripada ahli Kelab Wardah dan staf wanita USIM.
Aktiviti brisk walk ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta sambil mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Selain daripada menjadi platform untuk berinteraksi secara santai, acara ini juga mencerminkan komitmen Kelab Wardah dalam memperkasakan ahli-ahlinya dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.