Motif logo korporat WARDAH adalah bermotifkan bunga ros merah sebagai lambang wanita berani. Dalam psikologi, warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan.
KELAB WARDAH menggunakan font Adobe Caslon Pro menambah sentuhan tersendiri kewanitaan. Warna ungu lambang ribbon sebagai tunjang kekuatan negara dan keluarga. Pemilihan warna ungu adalah lambang sifat kelembutan, keibuan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk bangkit menghadapi cabaran, malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.
Logo USIM dimasuk dan diletakkan di atas logo WARDAH adalah penghormatan kepada USIM memayungi kelab ini.
“Pencetus Serikandi Bestari” adalah moto KELAB WARDAH. Menggunakan font Antonellie Calligraphy Demo sebagai semangat kebijakan wanita, mudah bertoleransi dan mudah dilentur.
Secara keseluruhan logo ini menunjukkan KELAB WARDAH sebagai sebuah kelab wanita bersifat kelembutan tetapi menjadi tunjang utama kejayaan USIM.
Hanya logo ini dibenarkan untuk digunakan dalam urusan rasmi KELAB WARDAH. Selain daripada ini adalah dilarang sama sekali.
Untuk memuat turun logo, klik di sini