بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, akhirnya Kelab Wardah menapak setapak lagi untuk mempelbagaikan aktivitinya sebagai sebuah kelab dan platform bagi kakitangan wanita dan isteri kakitangan USIM untuk sama-sama bergerak memberi sumbangan kepada ahli dan juga masyarakat.
Pembinaan laman sesawang Kelab Wardah ini sudah lama ditunggu dan dinanti-nantikan. Kewujudan Kelab Wardah sudah agak lama dan sudah mempunyai pelbagai bentuk aktiviti yang diadakan di pelbagai peringkat. Oleh itu, sudah tiba masanya segala aktiviti ini dikongsi bersama untuk makluman semua ahli dan juga masyarakat tidak kira di mana sahaja mereka berada. Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang sudah dekat, kita alu-alukan.
Kesungguhan AJK Kelab Wardah sesi ini dicernakan melalui pelbagai aktiviti dan antaranya ialah komitmen mereka bagi membina dan melaksanakan laman sesawang ini yang sangat dihargai. Saya mengharapkan Kelab Wardah terus maju dan unggul sebagai sebuah kelab yang disegani oleh ahli-ahlinya dan juga masyarakat umumnya.
Pengerusi Kelab Wardah
Prof. Madya Datin Dr. Aza Sherin Mohamad Yusuff