19 September 2023 – Ziarah Prihatin Kelab Wardah ke rumah ahli keluarga Allahyarhamah Sarina Irma Saidon, Penolong Pegawai Sains, Fakulti Sains dan Teknologi. Semoga dengan ingatan dan sedikit sumbangan berjumlah RM440 (RM250 Tabung Pembangunan Wanita dan RM190 sumbangan ahli-ahli Kelab Wardah) dapat meringankan beban ahli keluarga Allahyarhamah Sarina dan memberi semangat untuk mereka meneruskan kehidupan. Kelab Wardah mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Sarina.