3 November 2023 – Kelab Wardah USIM merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua ahli kelab yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan Khas Kelab Wardah USIM 2023. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan persetujuan semua ahli bagi cadangan kenaikan kadar baharu yuran kelab daripada RM15 kepada RM20 berkuatkuasa mulai bulan November 2023. Potongan pada tahun berikutnya adalah pada setiap bulan Julai.