30 Mac 2023 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Wardah USIM telah diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS bermula pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof. Madya Dr. Lubna Abd. Rahman dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kelab Wardah, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat AGM yang lepas, laporan aktiviti dan laporan kewangan Kelab. Selesai semua pengesahan, pengumuman berkenaan pembubaran AJK Kelab bagi sesi 2021/2023 dibuat. Seterusnya sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/2025 dilaksanakan oleh Penasihat Kelab Wardah, Puan Nor Azzah Momin. Pelantikan dibuat bermula dengan penyerahan surat pelantikan kepada Prof. Madya Datin Dr. Aza Sherin Mohamad Yusuff, isteri kepada Naib Canselor USIM, sebagai Pengerusi Kelab Wardah yang baharu. Seterusnya sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/2025 dilaksanakan oleh Penasihat Kelab Wardah, Puan Nor Azzah Momin. Mesyuarat kemudiannya turut membincangkan usul penambahbaikan beberapa perkara berkaitan perlembagaan dan aktiviti Kelab.  Pihak Jawatankuasa Penganjur mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu sesi 2023/2025 dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK sesi lepas di atas komitmen dan bakti yang telah disumbangkan.