Pada 11 September 2019, Rabu telah diadakan Majlis Minum Petang Kelab Wardah di Bilik Jamuan VIP, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, USIM.  Majlis juga meraikan Datin Salmi Abd Rahman sebagai Pengerusi Kelab Wardah dari tahun 2015 hingga September 2019. Kami dari Kelab Wardah ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih buat Datin Salmi kerana sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Kelab Wardah, Datin Salmi telah memberi 100% komitmen pada semua aktiviti yang dijalankan. Semoga Datin Salmi diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Amin.