11 Oktober 2023 – Kelab Wardah USIM telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Sri Melor Wati Darus, isteri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM yang baru dilantik pada 1 Oktober 2023 sempena lawatan kerja beliau ke USIM. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf dan perkongsian aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Wardah. Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi makan tengah hari bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Wardah.