Perlembagaan

Kelab Wardah

1.1 Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan atau nama ringkasnya (WARDAH).

2.1 Alamat berdaftar kelab ini ialah di Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

3.1 ‘Kakitangan Wanita’ bermaksud kakitangan atau staf wanita di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

3.2 ‘Isteri Kakitangan’ bermaksud isteri kepada kakitangan yang berkhidmat di USIM.

4.1 Pengerusi – Isteri YBhg. Dato’ Naib Canselor.

4.2 Timbalan Pengerusi – Isteri YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan/atau Isteri YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni).

5.1 Dilantik oleh USIM.

6.1 Merapatkan hubungan di antara kakitangan wanita dan isteri-isteri kakitangan di semua peringkat perkhidmatan.

6.2 Menambahkan pengetahuan terutamanya dalam memajukan diri ahli-ahli Kelab menerusi aktiviti dan program yang dijalankan.

6.3 Menggalakkan ahli-ahli menyertai aktiviti yang berfaedah untuk keluarga dan masyarakat.

6.4 Mengeratkan perhubungan dengan kelab dan persatuan luar, khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita.

6.5 Memajukan kebajikan ahli-ahli kelab dari segi social, ekonomi dan pendidikan.

7.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan wanita dan isteri kakitangan USIM.

7.2 Keahlian adalah seumur hidup kecuali dipecat dari USIM atau berhenti dengan rela hati daripada menjadi ahli Kelab.

7.3 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada Setiausaha.

7.4 Mesyuarat Agung akan diadakan pada setiap 2 tahun.

7.5 Pemilihan ahli jawatankuasa akan diadakan pada dua tahun sekali.

8.1 Yuran yang dikenakan ialah:

  • Yuran Pendaftaran RM10.00
  • Yuran Tahunan RM20.00

8.2 Semua yuran tahunan hendaklah dibayar terus kepada Bendahari Kelab pada awal tahun atau dipotong melalui gaji bulan Julai pada setiap tahun.

9.1 Mesyuarat Agung Kelab WARDAH akan dilaksanakan sekiranya kehadiran ahli mencapai 2 kali ganda daripada jumlah ahli Jawatankuasa Kelab WARDAH.