Pengenalan Kelab Wardah

“Pencetus Serikandi Bestari”

Kelab Wardah merupakan kelab yang ditubuhkan untuk kakitangan wanita dan isteri kakitangan USIM.

Berperanan sebagai penggerak dan pemantau aktiviti wanita USIM, ia juga diharapkan menjadi penyumbang yang penting di dalam arus perkembangan USIM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dinamik serta progresif meliputi ke semua aspek.

WARDAH” nama pilihan kelab ini adalah diambil sempena perkataan “mawar”. Ia adalah simbol kewanitaan yang unggul serta melambangkan kepentingan peranan wanita terserlah di dalam memantapkan sesebuah organisasi.