26 Jun 2023 – Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan yang bertempat di Ruang Jabatan Perpustakaan USIM untuk semua warga USIM hadir. Kelab Wardah juga tidak ketinggalan untuk turut serta dengan menganjurkan forum wanita dalam pewarisan, jualan homemade desserts dan membuka kaunter penerangan mengenai Kelab Wardah kepada jemputan yang hadir.